Manny “Pacman” Pacquiao akhirnya tewas kepada Juan Manuel Marquez, dengan satu tumbukan padu pada pusingan ke-enam. Akhbar Filifina memberi tekanan kepada pacman untuk bersara, manakala isterinya juga mengucapkan untuk sekian kalinya agar beliau berehat dari bertarung.

Sementara itu, ibu Pacquiao, Dionesia, mengulangi permintaanya agar anaknya berehat bertarung.
Kahit maliit pa ang kalaban, ayaw na. Kung hindi tayo ang masaktan ay masaktan natin ang tao,” kata ibunya.

Untuk rekod, Pacman telah berjaya menjuarai 8 tali pinggang dari 8 kejohanan berbeza. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Beliau merupakan satu-satunya peninju di dunia yang memperolehi kejayaan sedemikian.

Pakar perubatan sukan juga mengesyorkan agar beliau berhentidari sukan tinju kerana dibimbangi akan menerima nasib seperti Muhammad Ali, yang menderita sakit Parkinson. Ini kerana satu tumbukan berkelajuan 30 km/j boleh menolak otak menghentam tengkorak, dan menyebabkan pendarahan dan trauma otak.

Namun apakah jawapan Pacquiao?

Dia menyatakan masih belum bersedia untuk berundur dalam sukan boxing dan menggambarkan akan ada lebih banyak pertarungan selepas ini. Namun buat masa ini, beliau akan menumpukan tugasannya sebagai ahli kongress mewakili Sarangani.

Sesungguhnya, beliau adalah ahli politik yang memang benar-benar bertarung tanpa mengenal erti putus asa. Semangatnya dalam gelanggang tinju diterjemahkan dalam gelanggang politik dengan iltizam yang sama, berjuang untuk rakyat Filifina.

Gusto ko lang ipaalam na hindi pa talaga ako magre-retiro. May mga ilang laban pa pero sa ngayon, katatapos lang ng fight ko so kalimutan muna natin ‘yung boxing. Focus muna tayo sa pagseserbisyo dahil ako, bilang congressman, kailangang gampanan ko ‘yung trabaho ko,

Pacquiao said. (“I want everyone to know that I’m not yet retiring. I have a few more fights, but for now I will concentrate on my job as a congressman.”)

Sumber: 
Manila Bulletin Publishing Corporation
ABS-CBNnews.com