ANGGAP SAJA MEREKA RAKYAT MALAYSIA, KATA LATHEEFA KOYA SAMBIL TERBELIAK DAN TERKANGKANG-KANGKANG!!!


Amboi... siap membeliakkan biji matanya dan menuding ke arah pegawai JPN yang menyampuknya. Hebat betul pemimpin PKR yang ada kes tender dan projek di MBPJ sehingga bergaduh dengan Menteri Besar Selangor.

"Anggap saja mereka rakyat Malaysia!" jerit Latheefa Koya.

Ini kes buat kad pengenalan. Kalau semua dokumen dah tak ada, dan orang berkenaan tidak mempunyai apa benda pun untuk membuktikan yang mereka rakyat Malaysia, termasuklah ibu bapa yang tidak mempunyai kad pengenalan Malaysia, nak anggap apa mereka sebagai rakyat Malaysia?

Kalau itulah proses yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat apabila mereka menguasai Putrajaya, nampaknya kalahlah Singapura yang telah mengimport seramai-ramainya orang Cina dari Taiwan, Macau, Hong Kong dan China. Orang Cina yang nak jadi rakyat Singapura pun, kena lalui banyak proses termasuklah tahap akademik dan harta pegangan.

Bukan main ANGGAP-ANGGAP macam yang Latheefa Koya arahkan kepada pegawai-pegawai JPN.

Belum ada kuasa lagi, sudah nak tunjuk kuasa!

Kalau macam ni ler, barangkali ada baiknya juga kalau Kerajaan Malaysia anggap orang Sumatera dan empat negeri di utara Semenanjung sebagai RAKYAT MALAYSIA, dan kesemua mereka dibenarkan mengambil borang kad pengenalan berbanding mewajibkan mereka mengambil borang kerakyatan terlebih dahulu untuk proses dokumentasi seterusnya. Ini adalah memandangkan Sumatera dan keempat-empat negeri berkenaan mempunyai hubungan yang rapat dengan Semenanjung Tanah Melayu sama ada dari segi sejarah, mahupun dari segi sosio.

Sumatera hanya 'terpisah' dari Tanah Melayu pada tahun 1947 iaitu pada tahun Indonesia merdeka. Manakala keempat-empat negeri di utara Semenanjung pula, terpisah dari Tanah Melayu pada tahun 1957, iaitu ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari Britain.

Punyalah kemaruk undi-undi daripada masyarakat India, sehinggakan pegawai-pegawai JPN yang menjalankan tugas dengan jujur dan berdedikasi pun, dimarah-marah dan diarah-arah agar memberikan kerakyatan kepada masyarakat yang entah dari mana datangnya!!!